728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 25 Mei 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 25 Mei 2016

Euro Dollar jatuh merudum lebih 90 pips sepanjang tiga sesi dagangan Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.1130, sebelum menutup sekitar paras $1.1137; setelah data ZEW sentimen ekonomi Jerman jatuh jauh meleset dari jangkaan. Bagaimanapun, kebimbangan mengenai Greece pudar semalam, selepas pembiayaan baru diluluskan, sekaligus menahan harga dari mengalami kejatuhan yang lebih parah.

Di pasaran Eropah, laporan terkini kajian ZEW terhadap sentimen ekonomi Jerman menunjukkan bahawa pasaran tidak menjangka ekonomi yang lebih kukuh pada masa depan.  Sentimen ekonomi di Jerman untuk bulan Mei jatuh merudum kepada hanya 6.4 mata berbanding jangkaan 12.1 mata dan 11.2 mata untuk bulan April.  Sentimen yang lemah ini dilihat sebagai reaksi kepada risiko bahawa UK akan mengundi untuk meninggalkan Kesatuan Eropah.

Sebelum daripada ini, pertumbuhan ekonomi Jerman yang kukuh pada suku pertama tahun 2016, telah mengejutkan pakar-pakar pasaran kewangan. Walau bagaimanapun, mereka seolah-olah tidak menjangka keadaan ekonomi bertambah baik pada kadar yang sama pada masa hadapan. Ketidaktentuan mengenai perkembangan Brexit mungkin kini menghalang pandangan yang lebih optimis.

telegram-moshed

Di pasaran Amerika Syarikat, Dollar AS terus memacu selama seminggu berikutan pembebasan minit FOMC yang agresif. Melanjutkan isyarat agresif Feds pada minggu lalu tentang kenaikan kadar AS seawal Jun, James Bullard, Presiden Feds cawangan St. Louis yang juga ahli mengundi dalam Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) untuk penetapan dasar, telah memberi amaran bahawa pasaran mungkin ketinggalan dalam memahami harapan Feds.

Sejak menaikkan kadar pada bulan Disember untuk kali pertama dalam tempoh sembilan tahun, Feds pada bulan Mac lalu, menjangkakan dua kenaikan kadar pada tahun ini. Namun, pasaran telah meletakkan harapan yang lebih rendah di tengah-tengah kelompok data ekonomi AS yang semakin lemah.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register