728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 25 Nov 2015

 moshedfx-forex-malaysia-eurusd-017.jpg

Euro Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 55 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.0675 ke serendah 1.0620, sebelum menutup lebih tingi dari pembukaan; setelah data Jerman membantu sokongan belian dan Dollar AS susut sedikit dari kegiatan pengambilan untung sebelum cuti ‘Thanksgiving’ Khamis ini. Sebelum daripada itu, Dollar berlegar berhampiran puncak lapan bulan tertinggi; disokong oleh jangkaan bahawa Federal Reserve Amerika Syarikat berada di landasan yang betul untuk menaikkan kadar pada Disember depan.

Di pasaran Eropah, Indeks IFO iklim perniagaan Jerman dilaporkan pada 109.0 berbanding jangkaan 108.3 dan 108.2 pada sebelumnya.  Walau bagaimanapun, pasaran seolah-olah tidak peduli walaupun angka KDNK (GDP) Jerman menunjukkan ekonomi telah berkembang 0.3% pada suku ketiga dan 1.8% pada setiap tahun, selaras dengan jangkaan konsensus.  Kenaikan Euro dikekang sejak Presiden ECB Mario Draghi berkata bahawa ECB bersedia untuk mengambil tindakan pantas bagi memacu inflasi, termasuk merubah kadar deposit bagi menjana aktiviti ekonomi.

telegram-moshed
telegram-moshed

Di pasaran Amerika Syarikat, Dollar terus mendapat sokongan belian apabila KDNK (GDP) AS suku ketiga dilaporkan pada 2.1% berbanding jangkaan 2.0% dan 1.5% pada sebelumnya.  Angka yang bertambah baik ini tambah menguatkan sentimen bahawa ekonomi terbesar dunia itu telah bersedia utnuk menghadapi dasar pengetatan dengan kenaikan kadar pertama bulan depan selepas lebih hampir sedekad berada pada paras hampir sifar.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register