728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 26 Feb 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 26 Feb 2016

Euro Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 65 pips dari paras tertinggi harian sekitar $1.1050 ke serendah $1.0985, sebelum menutup sekitar paras $1.1015; setelah inflasi Euro-Zone dilaporkan lebih lemah daripada jangkaan untuk bulan Januari, sekaligus mengukuhkan kes untuk tindakan lanjut dari Bank Pusat Eropah pada mesyuarat ECB akan datang.

Di pasaran Eropah, kadar inflasi tahunan bagi Januari dilaporkan meningkat kepada 0.3% daripada 0.2% pada bulan Disember, menurut bacaan akhir yang disiarkan semalam. Tetapi bacaan akhir adalah lebih rendah daripada anggaran awal sebanyak 0.4% inflasi tahunan. Walaupun inflasi secara beransur-ansur pulih, kadar tahunan masih rendah dari sasaran ECB sebanyak 2%.

telegram-moshed

Minit mesyuarat ECB bulan Januari yang diterbitkan baru-baru ini, menunjukkan presiden ECB Mario Draghi mempunyai sokongan yang luas untuk melonggarkan lagi dasar kewangan pada mesyuarat bulan depan. Majlis pentadbiran bank itu telah dengan sebulat suara menyimpulkan bahawa pendirian dasar yang sudah sedia agresif “perlu dikaji dan mungkin dipertimbangkan semula” pada bulan Mac.

telegram-moshed

Semakan angka inflasi yang tidak dijangka itu datang lebih awal daripada anggaran pertama untuk bulan Februari pada Isnin ini. Angka itu boleh memberikan petunjuk untuk menentukan dasar ECB pada mesyuarat dasar 10 Mac akan datang. Kebanyakan penganalisis menjangkakan ECB bakal menyediakan lebih banyak rangsangan kepada ekonomi Euro-Zone, dalam usaha untuk menjana pertumbuhan dan mendapatkan inflasi kembali ke sasarannya.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register