banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 26 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-016

Euro Dollar melonjak lebih 65 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.0855 sebelum menutup sekitar paras $1.0845; walaupun data perniagaan Jerman dilaporkan meleset dari jangkaan, selepas keyakinan baru melantun semula di pasaran global pada akhir minggu lepas. Pasaran, bagaimanapun, kekal gelisah dan semua mata tertumpu kepada Feds sekarang, yang akan melaporkan keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti.

Di pasaran Eropah, keyakinan perniagaan di kalangan pengurus Jerman telah menurun kepada tahap yang tidak pernah dilihat sejak Februari 2015. Institut penyelidikan ekonomi IFO berkata, laluan pasaran saham baru-baru ini telah memberati mood eksekutif pelaburan. Barometer iklim perniagaan Jerman menunjukkan bacaan 107.3 mata bulan ini, turun daripada 108.6 mata pada bulan Disember. “Pemimpin-pemimpin perniagaan Jerman sedang memandang tahun baru dengan pandangan kebimbangan,” menurut Presiden IFO, Hans-Werner Sinn.

telegram-moshed

telegram-moshed

Beliau berkata pungutan suara di kalangan 7,000 eksekutif di Jerman, telah jelas menunjukkan bahawa pandangan mereka untuk enam bulan akan datang adalah suram. Penilaian mereka terhadap keadaan semasa juga lebih teruk daripada akhir tahun lepas. Penyelidik IFO meletakkan penurunan bulanan yang kedua berturut-turut tersebut, kepada kejatuhan pasaran saham sejak beberapa minggu yang lalu.

Mereka juga berkata bahawa kelembapan ekonomi di China dan beberapa pasaran negara membangun yang lain telah menjejaskan semangat perniagaan, sambil menambah bahawa pengurus juga bimbang tentang ketidakstabilan negara pengeluar minyak seperti Rusia berikutan kejatuhan berterusan harga minyak mentah.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register