728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 26 Jun 2015

trade-forex-malaysia-euro

EURUSD terus dibimbangi beberapa data yang memberi kesan seperti data pengguna Jerman yang terlepas dari ramalan. Walau bagaimanapun pedagang masih belum jelas sama ada Fed akan menaikkan kadar pada bulan September atau Disember.

Menteri kewangan Eurozone akan membuat sebuah propsal daripada institusi pemiutang tentang perjanjian Greece kerana masih tiada perjanjian yang dipersetujui oleh Athens.

telegram-moshed

Perunding kembali membincangkan perkara ini hari ini sebagai tarikh akhir untuk mengistiharkan yang Greece perlu membayar IMF sebanyak 1.6billion Euro pada 30 Jun. Ia menjadi topik paling hangat yang akan memberikan kesan besar hari ini.

Walaupun laporan daripada FT mencadangkan Perdana Menteri Yunani Alexis Tsipras telah diberikan tarikh akhir jam 11:00 pagi waktu tempatan Brussels untuk mencapai persetujuan semalam, tetapi seolah-olah tiada apa-apa berlaku. Senyap sunyi tanpa berita. Tiada perjanjian atau perjanjian telah dicapai walaupun selepas Alexis berlepas mesyuarat semalam.

Semalam maklumat dokumen draf yang telah bocor menunjukkan berpuluh-puluh baris perubahan kepada cadangan pembaharuan asal Greece.

Terdahulu, Tsipras telah dihantui kekecewaan dengan memberitahu kepada unit bantuan bahawa pemiutang-pemiutang ini “sama ada mereka tidak mahu perjanjian ini dipersetujui atau mereka sedang berkhidmat untuk kumpulan berkepentingan tertentu di Greece” Ia adalah satu kontroversi. Seperti ada agenda tertentu.

MoshedFX berpendapat yang Eurozone tidak akan sanggup membiarkan Greece untuk hilang bersama-sama hutangnya, dan keluar dari Euro. Ini bermaksud mereka akan cuba cari kata putus untuk membantu Greece kekal dalam Euro, walaupun ada tentangan dari pihak German. “too big to fail”, kecuali ia ada agenda tertentu berkenaan politik Greece.

Hari ini semua pergerakan bergantung kepada berita ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register