banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 26 Mei 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 26 Mei 2016

Euro dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 38 pips dari paras tertinggi harian sekitar $1.1166 ke paras terendah harian sekitar $1.1128, setelah terdapat hanya tindak balas yang terhad kepada laporan dari Jerman yang menunjukkan keputusan yang lebih baik daripada jangkaan.

Di pasaran Eropah, agensi laporan ekonomi GfK melaporkan iklim pengguna Jerman bagi bulan Jun datang pada 9.8 mata, melebihi anggaran pasaran sebanyak 9.7 mata. Manakala agensi laporan ekonomi IFO pula melaporkan jangkaan perniagaan Jerman untuk Mei ialah 101.6 mata, lebih baik daripada ramalan 100.8 mata. Penilaian semasa datang pada 114.2 mata, lebih tinggi daripada anggaran 113.2 mata. Indeks iklim perniagaan Jerman pula adalah 107.7 mata, mengalahkan ramalan sebanyak 106.8 mata.

Trader juga nampaknya gagal untuk memberi tindak balas kepada berita bahawa menteri-menteri kewangan Euro-Zone bersetuju dengan Greece dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berkenaan “kejayaan” perjanjian yang akan menangani permintaan Athens untuk pelepasan hutang. Lewat Rabu semalam, menteri-menteri Eurogroup bersetuju untuk melepaskan €10.3 bilion ($11.42 bilion) bagi Greece, selepas Athens bersetuju untuk pakej penjimatan dan langkah reformasi.

telegram-moshed

‘Price action’ menunjukkan trader Euro lebih fokus kepada arah kadar AS daripada apa yang berlaku di Euro-Zone. Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka berkurang daripada 278 ribu kepada 275 ribu tuntutan.  Tempahan barangan tahan lama dijangka menurun daripada 0.8% kepada 0.3%, namun tempahan teras dijangka meningkat daripada -0.2% kepada +0.3%.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Euro-Zone hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register