728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 27 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-016

Euro Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 75 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.0995 ke serendah 1.0925; selepas data PMI yang mengecewakan dari Jerman dan negara-negara Euro-Zone yang lain.  Aktiviti perniagaan Euro-Zone juga memulakan separuh kedua, pada asas yang kurang selamat daripada yang dijangkakan, akibat dilanda krisis kebankrapan Greece.

PMI flash Markit jatuh kepada 53.7 pada bulan ini dari paras empat tahun tinggi pada Jun lalu sebanyak 54.2; walaupun satu tinjauan Reuters telah meramalkan penurunan yang lebih sederhana kepada 54.0. Di saat ekonomi kelihatan lemah di Eropah dan Asia, tuntutan pengangguran yang lebih baik daripada jangkaan telah dilaporkan oleh Amerika Syarikat, sekaligus meletakkan Federal Reserve di landasan yang betul untuk kenaikan “interest rate” pada bulan-bulan akan datang.

telegram-moshed

Di masa yang lain, Greece mahu kekal menggunakan euro, tetapi mereka tidak mahu penjimatan yang merupakan harga keahlian, menurut ketetapan Jerman. Mereka membantah menjadi negeri naungan ekonomi Euro-Zone, tetapi mereka takut kepada penyelesaian yang akan memberi kuasa tanpa had kepada ahli-ahli politik di Athens.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register