Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 27 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-018

Euro Dollar yang awalnya meningkat lebih 90 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah, Khamis semalam; merudum lebih 130 pips hingga mencapai paras terendah harian pada sekitar 1.0855; sebelum menutup pada sekitar 1.0885, sekaligus menjadikan kadar tukaran EUR|USD berada di bawah pivot hari ini, sekitar 1.0930 ketika artikel ini ditulis.

Di Eropah, data “consumer confidence” Jerman dilaporkan lebih baik dari jangkaan, 10.0 berbading 9.8 dan 9.0 pada sebelumnya.  Pada masa yang sama, ECB diberitakan telah bersetuju untuk menyalurkan lebih 1 bilion Euro kepada Greece, bagi mengatasi kemelut ekonominya.  Keadaan ini, sedikit sebanyak membantu sokongan beliau untuk Euro; walaupun ramai para penganalisa menjangka, kadar tukaran EUR|USD bakal mencapai ‘parity’ dalam tahun ini.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Euro-Zone hari ini, Dollar dilihat berpotensi untuk terus menguasai pasaran, terutamanya jika GDP tahunan Amerika Syarikat dilaporkan lebih baik dari jangkaan 2.4%

 

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!