728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 28 April 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 28 April 2016

Euro Dollar berada dalam dagangan tidak menentu Rabu semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $1.1271 ke setinggi $1.1360 dalam masa 10 minit sepanjang mesyuarat Federal Open Market Committee (FOMC) pada awal pagi tadi. Dalam berita ekonomi yang lain, kajian GfK yang dipantau rapat menunjukkan keyakinan pengguna Jerman semakin meningkat.

Di pasaran Eropah, Kumpulan penyelidikan GfK berkata indeks iklim pengguna yang berpandangan ke hadapan, meningkat kepada 9.7 mata untuk Mei,  lebih baik daripada 9.4 mata pada bulan April, dan jangkaan yang ianya akan kekal mendatar. Indeks GfK itu menunjukkan terdapat jangkaan bahawa ekonomi terbesar di Eropah, Jerman, akan mendapatkan kembali momentum pada bulan-bulan akan datang, ekoran guna tenaga yang meningkat, pertumbuhan pendapatan dan inflasi yang sederhana dalam membantu permintaan dalam negeri.

telegram-moshed

GfK berkata kenaikan angka indeks tersebut telah didorong oleh peningkatan dalam jangkaan pendapatan ke paras sembilan bulan tertinggi, di tengah-tengah pasaran buruh yang kuat, dan juga peningkatan jangkaan ekonomi serta kecenderungan pengguna untuk membeli. GfK berkata pengguna percaya “Permintaan domestik akan terus menjadi tonggak penting dalam ekonomi Jerman.”

telegram-moshed

Dalam pada itu, di pasaran Amerika Syarikat awal pagi tadi, Federal Open Market Committee (FOMC) dalam mesyuarat awal pagi tadi, mengekalkan kadar tidak berubah dalam julat 0.25% – 0.5% selepas kenaikan kali pertama dalam satu dekad pada Disember tahun lalu.  FOMC juga dilihat mengeluarkan kebimbangan terhadap kegawatan ekonomi global dari kenyataannya, dan menekankan bahawa kenaikan kadar seterusnya akan bergantung kepada prestasi ekonomi semasa.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register