728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 28 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-018

Euro Dollar menutup lebih tinggi dari pembukaan Rabu semalam, pada $1.0890 berbanding $1.0890, naik turun dari paras terendah harian sekitar $1.0850 ke setinggi $1.0915; setelah pasaran teruja dengan komen ahli lembaga eksekutif ECB, Benoit Coeure yang mengatakan bahawa ECB perlu memperkukuhkan dasar fiskal, demi untuk mengembalikan pertumbuhan ekonomi dalam Euro-Zone dan mencapai sasaran inflasi serta kestabilan harga.

Kenyataan beliau yang disambut baik oleh pasaran, menyaksikan Euro dibida oleh pelabur Jepun setinggi paras ¥129.50.  Benoit berpendapat perubahan dasar fiskal perlu dilakukan, walaupun di kebanyakan negara ianya hampir tidak wujud.  Pasaran teruja kerana, ianya dapat mempastikan kewangan kerajaan Eropah berada dalam keadaan yang kukuh, dan memberikan kesan taraf hidup yang lebih baik untuk penduduk Euro-Zone.

telegram-moshed

telegram-moshed

Di pasaran AS, kenaikan kadar pada bulan lalu dianggap oleh banyak pihak, sebagai permulaan kitaran pengetatan baru untuk Federal Reserve. Walau bagaimanapun, sejak itu penganalisis telah melihat kebimbangan pasaran, sekitar penurunan nilai mata wang China dan masa depan keadaan inflasi meningkat dengan ketara, yang membawa kepada kegawatan dalam pasaran kewangan. Kemelut ini sahaja sudah cukup untuk menghentikan Feds dari menaikkan kadar lagi.

Feds menegaskan bahawa mengetatkan dasar monetari adalah perlu selari dengan sentimen pasaran, dan para pelabur telah diberi jaminan bahawa Fed akan mengekalkan dasar kewangan yang akomodatif dan menaikkan kadar dengan beransur-ansur. Oleh kerana itu, Feds memilih untuk mengekalkan kadar tidak berubah pada mesyuarat mereka awal pagi tadi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register