Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 28 Mac 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 28 Mac 2016

Euro Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 27 pips dari paras tertinggi harian sekitar $1.1180 ke serendah $1.1153, sebelum menutup sekitar paras $1.1165; setelah pasaran berada dalam dagangan tipis ekoran kebanyakan negara yang bercuti sempena ‘Good Friday’.

Siaran data AS pada hari Khamis menunjukkan tuntutan pengangguran yang kurang daripada ramalan dan tempahan barangan tahan lama jatuh dan kurang daripada yang dijangkakan pada bulan lepas. Data AS telah semakin bertambah baik sejak beberapa minggu lalu, dengan tolok Bloomberg untuk kejutan ekonomi mendaki ke paras yang paling positif dalam masa lebih daripada satu tahun.

“Data sepatutnya akan terus kukuh, ia akan mengejutkan sedikit dan itu akan mencukupi bagi mereka untuk bertindak pada bulan Jun,” menurut Binky Chadha, ketua strategi global di Deutsche Bank AG, dalam satu temu bual di Bloomberg Television. Peningkatan matawang Amerika itu adalah terhad ekoran “Dollar itu sendiri juga telah di faktor harga dengan banyak.”

telegram-moshed

Pertumbuhan ekonomi Euro-Zone dijangka akan dipercepatkan lagi dalam tempoh beberapa tahun akan datang, tetapi permintaan luar negeri yang lemah dan kelembapan dalam pasaran akan menjejaskan pemulihan yang baru sahaja muncul, menurut Bank Pusat Eropah dalam buletin ekonomi semasa.

Dalam pandangan yang selari dengan unjuran ECB yang dibentangkan pada mesyuarat kadar ECB pada 10 Mac lalu, ECB berkata hutang kerajaan akan menurun secara beransur-ansur dan penyatuan lanjut diperlukan untuk menetapkan nisbah hutang awam pada perjalanan yang menurun.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register