728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 28 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-012

Euro Dollar jatuh lebih 110 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.1115 sebelum memacu naik semula untuk menutup sekitar paras 1.1200; apabila mata wang Amerika itu bangkit selepas komen dari Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen pada pagi Jumaat. Euro kembali melonjak apabila Ketua Bank Pusat Eropah Mario Draghi muncul untuk mencadangkan ransangan tambahan tidaklah sehampir yang difikir oleh ramai penganalisis.

Para pelabur juga perlu memberi perhatian kepada ucapan Presiden Deutsche Bundesbank Dr. Jens Weidmann, yang juga anggota Majlis Pimpinan Bank Pusat Eropah. Ucapan Encik Weidmann meliputi beberapa topik termasuk risiko Eropah terhadap krisis hutang Greece yang berterusan dan tindakan ECB terhadap kadar yang masih tergantung berikutan keputusan Feds AS untuk berdiam diri seminggu sebelumnya, serta mungkin akan membincangkan kesan skandal Volkswagen ke atas ekonomi Jerman.

telegram-moshed

telegram-moshed

Di pasaran Amerika Syarikat, Presiden Federal Reserve Janet Yellen berkata kenaikan kadar AS pada akhir tahun ini, mungkin akan menjadi sesuai.  Dalam ucapannya di Universiti Massachusetts, Puan Yellen berkata Feds menjangkakan bahawa ia akan menjadi sesuai untuk memulakan menaikkan kadar pada lewat 2015 selagi pasaran buruh terus bertambah baik dan inflasi bergerak kembali kepada objektif 2%.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register