728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 29 April 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 29 April 2016

Euro Dollar merangkak naik Khamis semalam, dari paras terendah harian sekitar $1.1295 ke setinggi $1.1367, sebelum susut semula untuk menutup lebih rendah sekitar paras $1.1348; setelah ahli Lembaga Eksekutif ECB Benoit Coeure berkata bahawa euro yang lebih kukuh bukan satu kebimbangan bagi Bank Pusat Eropah.  Pada masa yang sama, laporan GDP Amerika Syarikat yang meleset malam semalam, tidak memberikan pelabur sebarang sebab untuk terus membida Dollar.

Di pasaran Eropah, Alliance News melaporkan dalam satu temubual bersama Encik Benoit Coeure, bahawa “Euro telah stabil sepanjang bulan lalu selepas susut nilai yang jelas,” dan “Ia bukan penghalang kepada dasar kewangan kami,” menurut ahli Lembaga Eksekutif ECB itu. ECB telah sentiasa mengekalkan bahawa kadar pertukaran bukanlah menjadi sasaran dasar ECB. Euro yang kuat mencederakan eksport berikutan pemulihan ekonomi yang kurang memberangsangkan di kawasan euro. “Hanya jika terdapat satu kenaikan mendadak ianya akan menjadi kebimbangan,” tambah Encik Coeure lagi.

telegram-moshed

Bercakap selepas keputusan kadar minggu lepas, Presiden ECB Mario Draghi berhujah bahawa pegawai akan memerlukan lebih banyak masa untuk menilai kesan pengembangan rangsangan besar yang dilancarkan pada Mac lalu, sebelum mempertimbangkan ransangan tambhan. Dengan operasi LTRO II yang pertama akan bermula pada bulan Jun ini, ianya bermaksud ECB dijangka akan kekal dalam mood “tunggu dan lihat” buat beberapa waktu.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register