Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 29 Dec 2014

 moshedfx-forex-malaysia-eurusd-017.jpgEuro Dollar yang mebuka pasaran selepas cuti Krismas, dengan sedikit “gap up”, terus menyusut ke paras terendah tahunan,sekitar 1.2165, sepanjang sesi dagangan Jumaat lalu; sebelum menstabil pada sesi dagangan New York.  Dollar yang terus mendapat permintaan, ekoran laporan GDP yang keluar jauh lebih baik dari jangkaan dan pengurangan pemohonan pengangguran, menyebabkan Euro terus jatuh nilai.

Pada masa yang sama, dengan ECB yang dijangka bakal meneruskan program ransangan ekonomi melalui pembelian bon-bon kerajaan dan keadaan politik di Greece yang tidak menentu; Euro dijangka terus susut nilai serendah 1.15 berbanding Dollar tahun depan menurut BNP Paribas

Hari ini, Greece bakal berdepan dengan pilihanraya presiden dan sekiranya Parti Demokrasi Baharu yang memerintah, gagal memperolehi sekurang-kurangnya 180 kerusi parlimen; Parti Syriza bakal mengambilalih kuasa dan berunding semula dengan pemiutang antarabangsa untuk mendapatkan pinjaman 240 bilion euros bagi membantu ekonomi Greece.  Jerman juga bakal melaporkan data “retail sales” dan tiada data dari Amerika Syarikat hari ini.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register