EURUSD Analisa Fundamental Harian 29 Jan 2015

0 3

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-011

 

Euro Dollar menyusut hampir 50 mata selepas keputusan Fed yang mengekalkan janjinya untuk kekal “sabar” dalam menaikkan kadar faedah dan meningkatkan penilaiannya pasaran ekonomi dan buruh, walaupun ia menjangka inflasi terus merosot.

“Aktiviti ekonomi telah berkembang pada kadar yang kukuh,” kata wakil FOMC hari ini dalam satu kenyataan di Washington. “Keadaan pasaran buruh telah bertambah baik, dengan keuntungan kerja yang kukuh dan kadar pengangguran yang lebih rendah.”

Mesyuarat FOMC adalah diadakan kurang seminggu selepas Bank Pusat Eropah(ECB) mengumumkan pembelian bon-bon kerajaan dan aset-aset yang berkembang sehingga 60 bilion Euros sebulan untuk merangsang pertumbuhan dan menangani tekanan deflasi.

Usaha pengukuhan daripada ECB dan keputusan FOMC semalam memberikan satu kekuatan yang hampir sama bagi kedua-dua matawang. Data berimpak sederhana seperti German Unemployment Change, Money Supply, Private Loans dan Italian Bond Auction bakal menentukan adakah ekonomi Eropah masih boleh bertahan.

Data berimpak tinggi daripada US iaitu Unemployment Claims yang dijangka mengurang kepada 301K lebih baik daripada 307K yang lepas bakal menjadikan Euro masih dalam mode lemah berbanding US Dollar.

Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa