EURUSD Analisa Fundamental Harian 29 Jan 2016

0 2

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-020

Euro Dollar memacu naik lebih 95 pips sepanjang sesi Eropah Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.0965 sebelum menutup sekitar paras $1.0940; setelah pasaran memberikan reaksi kepada kenyataan FOMC Federal Reserve AS yang dilihat negatif.  Pada masa yang sama, kejatuhan harga minyak telah menimbulkan persoalan tentang keupayaan Bank Pusat Eropah untuk menarik inflasi yang rendah, kembali ke arah sasaran 2% untuk seluruh Euro-Zone.

Pada bulan Disember lepas, ECB melonggarkan dasar monetari untuk memerangi inflasi rendah tetapi ianya mengecewakan harapan pasaran yang mahukan rangsangan tambahan.  Keadaan itu telah mendorong kadar tukaran EUR/USD melonjak lebih 400 pips dalam masa 24 jam, selepas keputusan tersebut dibuat. Presiden ECB Mario Draghi berkata, Bank Pusat Eropah masih mempunyai banyak pilihan sambil mencadangkan ia boleh bertindak seawal bulan Mac. Majoriti ahli ekonomi dalam satu tinjauan Reuters berkata, ECB mungkin mengurangkan kadar depositnya lagi pada bulan Mac ini.

Hari ini Euro-Zone bakal melaporkan data inflasi yang dijangka bertambah baik dari 0.2% kepada 0.4% dan laporan jualan runcit Jerman yang juga dijangka lebih baik dari 0.2% kepada 0.3%. Malamnya pula Amerika Syarikat bakal melaporkan data GDP yang dijangka menguncup dari 2% kepada 0.8%

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa