728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 29 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-010

Euro Dollar menokok sekitar 90 pips Khamis semalam, dari paras terendah harian sekitar 1.0865 sebelum menutup sekitar paras 1.0950 selepas ahli Majlis Pentadbiran Bank Pusat Eropah Ewald Nowotny berkata “interest rate” negatif tidak merupakan suatu “elemen biasa dalam ekonomi” dan tidak akan bertahan dalam jangka masa panjang. Mata wang tunggal blok ekonomi Eropah itu juga diberi rangsangan, dengan tanda-tanda awal bahawa Greece semakin hampir dengan perjanjian untuk mendapatkan pembiayaan baru, sebelum pinjaman kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) perlu dibayar pada 5 Jun depan.

Greece dan pemiutang antarabangsa telah tertumpu pada perkara utama dalam persetujuan dana untuk pembaharuan, tetapi perbincangan masih mempunyai beberapa ruang untuk dipenuhi sebelum perjanjian boleh dicapai, menurut menteri ekonomi Greece. Keyakinan terhadap ekonomi Euro-Zone kekal berhampiran empat tahun tertinggi pada bulan ini, satu tanda bahawa pemulihan ekonomi telah meremehkan kebimbangan berkaitan Grexit.

telegram-moshed

Indeks keyakinan eksekutif dan pengguna berada pada 103.8 pada bulan Mei, tidak berubah dari bulan sebelumnya, menurut Suruhanjaya Eropah. Ahli ekonomi meramalkan penurunan kepada 103.5 daripada 103.7 pada laporan awal untuk bulan April, menurut kaji selidik Bloomberg. “Pasaran jelas tidak berfikir bahawa tarikh akhir 5 Jun ini benar-benar adalah tarikh akhir, dan saya fikir kita akan hanyut lagi ke arah itu,” kata Adam Cole, ketua strategi FX global di RBC Capital Markets.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register