Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 3 Apr 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-003

Euro Dollar memacu naik lebih 150 pips sepanjang sesi dagangan Eropah Khamis semalam, dari paras terendah sekitar 1.0750 ke setinggi 1.0905; sebelum menutup pada sekitar 1.0880, sekaligus meletakkan kadar tukaran EUR|USD berada di atas pivot bulanan, sekitar 1.0810 ketika artikel ini ditulis.

Di pasaran Eropah, pelan reformasi ekonomi Greece diberitakan terus menerus ditolak oleh ‘troika’, dengan alasan ianya tidak cukup kukuh dan terperinci untuk dilaksanakan, bagi membolehkan mereka menyalurkan baki dana terakhir sebanyak 450 juta Euro untuk Bank Pusat Greece mengatasi masalah pengeluaran dana dari bank-bank Greece. Kementerian kewangan Greece melaporkan, mereka bakal kehabisan dana pada 9 April ini akibat pengeluaran berterusan para penyimpan.

Hari ini pasaran Eropah bercuti sempena ‘Good Friday’ dan pasaran matawang dijangka dalam dagangan tipis.  NFP Amerika Syarikat dijangka dilaporkan meleset dari sebelumnya, 244 ribu berbanding 295 ribu tambahan pekerja.  Kadar pengangguran AS pula dijangka stabil pada 5.5% dan tiada sebarang data ekonomi dari Euro-Zone hari ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register