728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 3 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-004

Euro Dollar merudum lebih 85 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar 1.0550, sebelum memacu naik lebih 75 pips pada lewat petang New York dan menutup sekitar paras 1.0615; setelah pengumuman data inflasi Euro-Zone yang mengecewakan.  Inflasi Euro-Zone dilaporkan pada 0.1% berbanding jangkaan kenaikan 0.2%. Kini Euro-Zone menghampiri deflasi; sekaligus dilihat memaksa tangan Mario Draghi untuk menarik keluar senjata sebesar mungkin.

“Ia akan menjadi satu kejutan besar jika ECB tidak mengambil tindakan lanjut dalam mesyuarat hari ini – isu utama adalah berapa banyak beliau akan lakukan. Pada masa lalu, Presiden ECB Mario Draghi sering memberi lebih daripada yang dijangkakan pasaran, sekaligus menunjukkan bahawa penurunan kadar deposit digabungkan dengan pemanjangan tempoh pembelian aset yang lebih besar adalah mungkin, ” menurut penganalisis di Oxford Economics.

telegram-moshed
telegram-moshed

Anggaran awal daripada Eurostat menunjukkan harga pengguna meningkat tidak seberapa, sekitar 0.1% pada bulan lepas; meleset dari ramalan sebanyak 0.2% -0.3% dan masih tertinggal jauh di bawah sasaran inflasi Bank Pusat Eropah sekitar 2%.  Inflasi teras pula – tidak termasuk kesan harga tenaga, makanan, alkohol dan tembakau – jatuh kepada 0.9% daripada 1.1% yang juga di bawah ramalan.

Angka yang lemah ini menguatkan kes untuk Bank Pusat Eropah mengumumkan langkah-langkah rangsangan pada mesyuaratnya hari ini, dalam peperangan untuk melawan kebimbangan terhadap deflasi. Menjelang pengumuman data inflasi semalam, para ahli ekonomi sudah pun meluas dalam menjangkakan bahawa ECB akan melanjutkan pembelian aset melangkaui September 2016, dan pada masa yang sama, mengurangkan kadar deposit.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register