banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 3 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-003

Euro Dollar berada dalam dagangan “ranging” dengan paras harian tertinggi sekitar 1.1362 dan terendah sekitar 1.1292 Isnin semalam; selepas “manufacturing PMI” Euro-Zone dilaporkan seperti jangkaan 51.00 malah lebih baik dari sebelumnya 50.60  Pada masa yang sama, “manufacturing PMI” dari Sepanyol dan Itali dilaporkan lebih baik dari jangkaan, namun Perancis dan Jerman meleset.

Di Amerika Syarikat pula, ekonomi mengembang lebih perlahan dari jangkaan 2.6% pada suku ke-4 tahun lepas.  Pelaburan perniagaan dan perbelanjaan kerajaan AS berkurang dan desifit meningkat; meneutralkan peningkatan perbelanjaan pengguna yang terbesar sejak 2006.  Walau bagaimanapun, Federal Reserve dalam mesyuarat FOMC terkini, memberikan komen positif terhadap perkembangan ekonomi AS dan sektor pekerjaan.

telegram-moshed

Hari ini dengan data ekonomi “employment change” Sepanyol yang dijangka lebih baik, dan “factory orders” Amerika Syarikat yang menyusut; pasaran dilihat lebih memihak kepada Euro sehingga data NFP dilaporkan.  NFP yang dijangka mengurang dari 252 ribu pekerja kepada 235 ribu, menyebabkan para pelabur dan pengurus dana lebih berhati-hati dengan sebarang pembelian baru untuk Dollar.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register