728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 3 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-016

Euro Dollar kembali memacu naik lebih 85 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1120 sebelum menutup sekitar paras 1.1085; selepas para pelabur dan pengurus dana mengenepikan isu Greece buat sementara waktu dan memfokuskan kepada NFP yang dilaporkan meleset dari jangkaan, sekaligus meneruskan sokongan belian untuk Euro buat sementara waktu.

Ahad ini Greece bakal mengadakan referendum rakyat bagi menentukan sama ada Greece akan menerima terma dan syarat pinjaman dari Troika atau menolaknya. Perdana Menteri Alexis Tsipras menggesa rakyat menolaknya yang membolehkan Greece mempunyai kuasa dalam menentukan arah ekonominya sendiri.  Pegawai ECB bagaimanapun menegaskan bahawa penolakan bererti Greece tidak lagi mahu berada dalam Euro-Zone.

Hari ini jualan runcit bulanan Euro-Zone bakal dilaporkan dengan jangkaan penurunan dari 0.7% kepada 0.1% dan juga indeks perkhidmatan PMI Sepanyol yang juga dijangka menurun dari 58.4 kepada 58.0.  Pasaran Amerika Syarikat pula bercuti hari ini sempena Hari Kemerdekaan AS esok 4 Julai, dan pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register