728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 3 Sep 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-012

Euro Dollar jatuh lebih 100 pips sepanjang 3 sesi dagangan Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.1215 sebelum menutup sekitar paras 1.1225; setelah dolar AS kembali momentumnya selepas jualan besar-besaran dalam aset risiko yang berkaitan dengan China, ekoran kebimbangan ekonomi dan jangkaan kenaikan kadar di Amerika Syarikat; pelabur telah melihat euro sebagai matawang “safe-haven” – justru menjana permintaan dalam beberapa minggu ini.

Mata wang yang lebih kukuh meletakkan tekanan ke atas inflasi di Euro-Zone dan mengancam untuk melemahkan eksport, menyebabkan pembuat dasar ECB pening kepala.  Dolar meningkat setelah pasaran saham global kembali stabil, dengan para pelabur yang tergesa-gesa untuk keluar dari ‘carry trade’; sekaligus merangsang yen yang lebih selamat dan euro yang berkadar rendah.

telegram-moshed

telegram-moshed

Kenaikan dalam penghindaran risiko akibat kebimbangan mengenai pertumbuhan China dan global yang perlahan, mendorong pelabur untuk mengurangkan pelaburan yang tidak menggalakkan dalam yen dan euro, yang merupakan mata wang pembiayaan popular untuk ‘carry trade’. Dagangan sedemikian melibatkan menjual mata wang berkadar rendah untuk membeli aset yang lebih berisiko, dengan kadar yang lebih tinggi.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register