banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 30 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-010

Euro Dollar jatuh lebih 90 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.0900 sebelum menutup sekitar paras $1.0920; setelah Euro terus menurun pasca kenaikan kadar AS apabila para trader mula memberi tumpuan kepada peningkatan kadar seterusnya. “Para pelabur merasa amat sukar untuk mengambil langkah utama,  pada musim cuti akhir tahun selepas Krismas” menurut seorang Ketua strategi pertukaran asing.

Walau bagaimanapun, Euro masih kukuh dalam dagangan tipis Selasa semalam, selepas Bank Pusat Eropah (ECB) secara rasmi membayangkan satu lagi gelombang rangsangan, manakala kebimbangan mengenai ekonomi China melemahkan Yuan. Ahli lembaga eksekutif ECB, Yves Mersch berkata, pembuat dasar “tidak menggunakan semua peluru kami”, menurut petikan daripada temu bual dengan International Bankers Forum. Kemungkinan untuk lebih pelonggaran datang selepas ECB mengecewakan pasaran pada bulan ini, dengan skop yang terhad dalam usaha terbarunya untuk memulihkan ekonomi Euro-Zone.

Minggu ini biasanya ditandai dengan dagangan kecil kerana peserta pasaran banyak bercuti, walaupun ia juga adalah masa untuk pelabur tradisional, memperbetulkan portfolio mereka sebelum akhir tahun ini. Baru-baru ini harga minyak membimbangkan pasaran dengan Crude untuk penghantaran Februari jatuh sekitar $1.40 atau lebih 3.4%, untuk diniagakan sekitar $36.60 setong di New York Mercantile Exchange. Harga minyak tidak cukup tinggi untuk meningkatkan minat terhadap risiko, kata Kumiko Ishikawa, seorang penganalisis kanan pertukaran asing di Institut Penyelidikan Gaitame.com.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register