banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 30 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-007

Euro Dollar yang jatuh lebih 110 mata, hingga mencecah paras terendah sesi Asia sekitar 1.1261 Khamis semalam, kembali memacu naik sepanjang sesi dagangan London; walaupun  data berimpak tinggi dari Jerman “unemployment rate & change” dilaporkan meleset dari jangkaan.

Keadaan itu dilihat lebih bersifat sementara, gara-gara para pelabur dan pengurus dana yang mengambil untung hasil jualan mereka, bagi menutup buku dagangan bulan Januari.  Data ekonomi “CPI” Jerman juga dilapor mengecewakan apabila berada dibawah 0%; sekaligus mengesahkan salah satu negara teras dalam Euro-Zone telah jatuh ke dalam deflasi.  Pada masa yang sama, krisis politik Greece mula mereda dan pasaran ekuiti Greece mula menstabil.

Di Amerika Syarikat pula, Federal Reserve sebelum daripada itu dalam mesyuarat FOMC mengatakan, mereka berpuas hati dengan perkembangan ekonomi AS, dan bertekad menaikkan “interest rate” tahun ini.  Walau bagaimanapun, kenyataan yang bercampur dengan “sabar dan akan mengambil kira semua perkembangan ekonomi antarabangsa sebelum menaikkan interest rate” itu; juga dilihat oleh ramai penganalisa sebagai “kenaikan interest rate mungkin dilewatkan”.

Hari ini GDP tahunan Amerika Syarikat yang dijangka menyusut dari 5% kepada 3.3%, menyebabkan para pedagang mula memberi reaksi awal dengan menjual sedikit Dollar.  US Dollar Index masih berada diatas pivot mingguan sekitar 94.45, ketika artikel ini ditulis.  Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari Euro-Zone, Dollar dilihat bakal kembali menguasai pasaran, terutamanya jika GDP dilaporkan lebih baik dari jangkaan.

Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register