banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 30 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-001

Euro Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 65 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.0635 ke serendah 1.0570, sebelum menutup sekitar paras 1.0590; setelah para trader mula menumpukan perhatian kepada pelbagai berita ekonomi besar pada minggu ini.  Pada hari Khamis ECB akan memperkenalkan program rangsangan baru mereka, dan Jumaat pula akan menyaksikan data pekerjaan AS yang terakhir menjelang mesyuarat FOMC pada 15-16 Disember ini.

Prospek untuk lebih pelonggaran melalui ransangan tambahan daripada Bank Pusat Eropah dalam kajian semula dasar telah mengekalkan Euro di bawah tekanan.  Para trader telah mengesyaki bahawa trend ini mungkin akan berterusan, dalam beberapa sesi dagangan yang lemah sehingga mesyuarat ECB Khamis ini. Berbeza dengan ECB, Federal Reserve AS nampaknya mungkin menaikkan kadar pada mesyuarat FOMC 15-16 Disember ini.

telegram-moshed

telegram-moshed

Bank Pusat Eropah sedang mempertimbangkan pilihan, termasuk mengenakan caj berperingkat ke atas bank-bank yang menyimpan tunai, Reuters melaporkan minggu lalu, sebagai sebahagian daripada dorongan baru untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang ECB bakal umumkan dalam mesyuarat Khamis ini.

Hari ini Jerman bakal melaporkan data jualan runcit yang dijangka meningkat dari 0% kepada 0.3% dan inflasi yang juga dijangka meningkat dari 0% kepada 0.1%.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan jualan rumah yang masih dalam pembinaan, yang dijangka meningkat dari -2.3% kepada 1.6%.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register