728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 30 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-020

Euro Dollar pulih 80 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.0985 sebelum menutup sekitar paras 1.0975; selepas menjunam ekoran kenyataan mesyuarat FOMC yang menegaskan kenaikan kadar pada Disember ini bakal bergantung kepada kekuatan sektor pekerjaan dan inflasi, walaupun Feds mengekalkan kadar pada paras terendah dalam sejarah kewangan Amerika Syarikat.

Pelabur sememangnya menjangkakan Feds AS bakal mengekalkan kadar, tetapi rujukan jelas terhadap kenaikan pada Disember datang sebagai satu kejutan. Dolar AS meningkat dengan mendadak dan pulangan bon kerajaan AS melonjak ekoran jangkaan kadar yang lebih tinggi. Harga saham AS pada mulanya jatuh, tetapi kembali mendapat momentum dan ditutup lebih tinggi.

telegram-moshed

telegram-moshed

Michael Feroli, bekas ahli ekonomi Feds yang kini di JPMorgan, berkata kenyataan Feds itu adalah yang pertama sejak 1999 di mana dasar merujuk kepada kemungkinan peningkatan kadar pada mesyuarat akan datang.  Feds telah berjuang untuk meyakinkan pelabur bahawa kenaikan kadar bakal berlaku, walaupun di tengah-tengah data yang menunjukkan majikan AS mengekang pengambilan pekerja pada bulan Ogos dan September.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register