728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 31 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-019Euro Dollar melonjak lebih 60 mata selepas membuat paras terendah tahunan yang baru, sekitar 1.2123, pada sesi pembukaan London Selasa semalam.  Lonjakan itu hanyalah bersifat sementara dengan para pelabur yang mengambil untung bagi menutup buku dagangan tahunan.  Para pelabur yang telah menjual Euro dan membeli Dollar sejak Jun lalu, kini menutup jualan mereka dengan membeli semula Euro dan menjual Dollar, seterusnya mengaut keuntungan hasil dari perbezaan nilai matawang itu.

Pasaran Eropah yang dikejutkan semula dengan spekulasi “Grexit” – Pengeluaran Greece dari EU – menjadikan Yen, Swiss Francs, Emas dan Perak mendapat permintaan sekaligus meningkatkan nilai mereka.  USD|JPY susut lebih 150 mata, USD|CHF susut hampir 50 mata, CHF|JPY susut lebih 150 mata, EUR|JPY susut hampir 180 mata, emas menokok lebih $25, dan perak menokok lebih $6.  Akhbar The Telegraph melaporkan US Dollar akan terus mengukuh pada 2015 dan menjangkakan persamaan nilai (parity) buat pertama kalinya selepas lebih dari 10 tahun.

Penganalisis ekonomi di Citibank berkata gabungan dasar kewangan yang lebih ketat di Amerika Syarikat dan dasar kewangan yang lebih anjal di Eropah, menyebabkan Euro akan lebih hampir nilainya dengan Dollar.  Parity bermaksud nilai EUR|USD menjadi 1.0000 dan Citibank menjangkakan nilai EUR|USD bakal mencecah 1.1000 pada September 2015 dan bawah”parity”, 0.9900, buat pertama kalinya sejak December 2002 pada 2016 nanti.

telegram-moshed

Hari ini dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari EU dan pasaran yang sedang bersiap untuk menyambut tahun baru 2015 Khamis esok; Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran walaupun dalam dagangan tipis apabila “unemployment claims” AS dilaporkan malam nanti.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register