Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 31 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-011

Euro Dollar terus merudum untuk hari ketiga lebih 90 pips Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.0895 sebelum menutup sekitar paras 1.0930; setelah tuntutan pengangguran Jerman meningkat dan Dollar kembali kukuh pasca laporan GDP Amerika Syarikat. Pada masa yang sama, GfK indeks keyakinan pengguna Jerman, kekal tidak berubah pada paras 10.10 pada bulan Ogos, setanding dengan jangkaan pasaran, menunjukkan bahawa pengguna kekal optimistik mengenai ekonomi terbesar di Euro-zon itu.

Dengan mood di pasaran global sedikit lebih yakin daripada pada permulaan minggu ini, harga minyak meningkat walaupun kebimbangan terhadap lebihan bekalan mengekang kenaikan. Secara berasingan, negeri-negeri Jerman melaporkan angka inflasi Julai yang lemah, menunjukkan risiko bahawa kadar negara yang harmoni telah kembali ke sifar daripada 0.1% pada bulan Jun.

telegram-moshed

Data pekerjaan Jerman juga adalah mengecewakan. Walaupun kadar pengangguran kekal pada 6.4%, bilangan penganggur meningkat sebanyak 9 ribu (konsensus adalah penurunan 5 ribu) dan Jun pula meningkat 1 ribu. Kenaikan pada Jun-Julai datang selepas penurunan selama lapan bulan.

Di pasaran Amerika Syarikat, Dollar mendapat tambahan permintaan, selepas FOMC dalam satu kenyataan kewangan bulanan mendedahkan bahawa bank pusat AS sedang menuju ke arah kenaikan kadar faedah pertama sejak 2006, sebagai pembuat dasar menunjukkan bahawa keadaan ekonomi Amerika Syarikat dan pasaran buruh telah bertambah baik. Sementara itu, Fed mengundi untuk mengekalkan “interest rate” pada hampir sifar, seperti yang dijangkakan.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register