728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 31 Mei 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 31 Mei 2016

Euro Dollar melonjak lebih 45 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1143 sebelum menutup sekitar paras $1.1135; setelah Euro bangkit dari paras terendah baru-baru ini menjelang mesyuarat kadar ECB dan sidang akhbar minggu ini, yang akan mengikuti data inflasi Euro-Zone. Dollar AS masih kekal kukuh dalam pasaran Amerika Syarikat yang bercuti sempena ‘Memorial Day’.

Di pasaran Eropah, Euro pada umumnya tidak bermaya berbanding saingannya minggu lalu, terhad selepas data domestik dilaporkan tidak sempurna. Salah satu faktor adalah krisis hutang Greece, yang menjadi tajuk utama sekali lagi kerana mesyuarat Eurogroup berbincang mengenai isu itu. Perjanjian progresif telah dicapai, tetapi pengkritik berhujah bahawa pelepasan hutang adalah satu-satunya penyelesaian sebenar kepada masalah ini.

Di tempat lain, mogok pekerja Perancis kerana perubahan rancangan undang-undang buruh meletakkan negara tersebut di bawah tekanan yang besar, dengan loji nuklear dan pengeluaran bahan api dan kemudahan pengedaran sedang dikepung oleh penunjuk perasaan.

telegram-moshed

Di pasaran matawang, sentimen menunjukkan bahawa walaupun data KDNK (GDP) AS kelihatan positif jumaat lalu, masih terdapat beberapa spekulasi di kalangan pelabur bahawa ekonomi terbesar dunia itu masih belum cukup kuat untuk mewajarkan semula pengetatan dasar kewangan. Ramalan yang menunjukkan kepada tahap pertumbuhan ekonomi yang lemah pada suku kedua 2016 dengan data pembuatan yang mengecewakan; meningkatkan keraguan bahawa Fed boleh mewajarkan menaikkan kadar seawal Jun depan.

Hari ini Euro-Zone bakal melaporkan data inflasi tahunan yang dijangka meningkat dari -0.2% kepada -0.1%.  Walaupun angka tersebut masih menjangkakan deflasi dalam Euro-zone, ianya lebih baik dari sebelumnya. Amerika Syarikat pula bakal melaporkan keyakinan pengguna yang dijangka meningkat dari 94.2 mata kepada 96.1 mata.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register