Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 4 Dec 2014

euro
Euro Dollar terus jatuh keparas terendah 1.2305 pada sesi penutupan Eropah semalam Rabu dalam keadaan pasaran yang tidak menentu untuk menghadapai mesyuarat ECB hari ini Khamis.  Data ekonomi Euro Zone amat mengecewakan dengan PMI perkhidmatan dan jualan runcit meleset dari jangkaan tatkala pedagang-pedagang kebanyakanya memusatkan dagangan pada keputusan mesyuarat ECB.  Presiden Mario Draghi akan mengetuai mesyuarat ECB terakhir bagi 2014 dan bakal memperdebatkan cadangan-cadangan dan kaedah terbaru untuk meningkatkan inflasi dan pembangunan.

Data semalam Rabu menunjukan penurunan aktiviti ekonomi dalam sektor swasta dalam Euro Zone dengan PMI komposit dirubah semula kepada 51.1 dari 51.4 untuk November.  Kata ketua penganalisa ekonomi Markit, keputusan ini menunjukan polisi sedia ada masih belum memberi kesan yang bermakna kepada keyakinan peniaga atau pengguna terhadap ekonomi Euro Zone dan lebih banyak tindakan aggresif yang diperlukan.

Mesyuarat ECB hari ini Khamis, akan menentukan samada ECB akan mengembangkan lagi program pembelian asset bagi menangani masalah inflasi yang rendah dan ekonomi yang merosot.  Keputusan ini nanti sudah pasti akan melemahkan lagi Euro yang sudah sedikit stabil selepas jatuh keparas terendah tahun ini pada November lalu.  Pada masa yang sama, Presiden Federal Reserve New York, William Dudley mengulangi kenyataannya pada Selasa lalu bahawa kejatuhan harga minyak mentah,lebih 30% semenjak bulan Jun, akan membawa manfaat kepada Amerika Syarikat dengan membantu pengguna dan rakan dagangan utama.

 

Anda mempunyai Instagram ? Follow saya @MoshedFX  😀

Share This Post

Founder Moshed.com – Berpengalaman 11 tahun dalam bidang Financial Market. Portfolio beliau merangkumi Forex, CFD, Komoditi, Indeks, Saham dan juga Bitcoin (Crypto). Perkongsian beliau dalam Buku Rahsia Jutawan Forex dari Rumah dan Buku Analisis Fundamental untuk Forex Trader sudah membantu ramai orang berjaya dalam bidang ini.

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!