728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 4 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-005

Euro Dollar melonjak lebih 450 pips Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.0980 sebelum menutup sekitar paras 1.0940; setelah Bank Pusat Eropah mengejutkan pasaran dengan mengekalkan jumlah dana ransangan dan kadar pembiayaan semula, tetapi menurunkan kadar deposit dan memanjangkan tempoh ransangan melangkaui September 2016 kepada sehingga March 2017, dalam mesyuarat dasar monetarinya semalam.

Di pasaran Eropah, Pentadbiran majlis ECB menurunkan kadar kemudahan deposit kepada -0.3% daripada -0.20%, sejajar dengan jangkaan pasaran.  Kadar pembiayaan semula pula tidak berubah pada rekod rendah 0.05%, juga sejajar dengan jangkaan pasaran. Bank Pusat Eropah juga mengekalkan kadar pinjaman marginal, kadar yang dikenakan kepada bank-bank apabila mereka meminjam daripada ECB, pada 0.30%.  ECB juga mengumumkan “langkah-langkah dasar yang seterusnya” dalam sidang media selepas mesyuarat.

telegram-moshed

telegram-moshed

Penganalisis pasaran menjangkakan ECB akan meningkatkan saiz program pelonggaran kuantitatif bulanannya kepada €75 bilion dari €60 bilion ketika ini.  Data inflasi Euro-Zone yang lemah pada hari Rabu, mengukuhkan jangkaan bahawa ECB boleh mengumumkan langkah-langkah ransangan baru untuk meningkatkan pertumbuhan harga. Pada mesyuarat ECB  Oktober lalu, Presiden Mario Draghi memberi isyarat bahawa lebih banyak rangsangan adalah satu kemungkinan.

Dalam sidang akhbar semalam, Presiden Mario Draghi berkata ECB akan memperluaskan skim pembelian bon, melangkaui September 2016 iaitu sehingga akhir Mac 2017, atau lebih lama jika perlu.  ECB juga mempelbagaikan aset yang layak untuk pembelian, dan kini membeli hutang kerajaan serantau dan tempatan; disamping akan melabur semula hasil daripada pelonggaran kuantitatif apabila bon tersebut matang.  Walau bagaimanapun, kadar program QE masih kekal tidak berubah pada €60 bilion, sekaligus mengecewakan jangkaan pasaran yang ECB akan menambah jumlah dana ransangannya.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register