728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 4 Jun 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-014

Euro Dollar yang menyusut lebih 95 pips pada sepanjang sesi Asia Rabu semalam, kembali memacu naik lebih 195 pips pada sesi dagangan pagi New York untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1285 sebelum menutup sekitar paras 1.1275; setelah laporan pengangguran Euro-Zone keluar lebih baik dari jangkaan, 11.1% berbanding 11.2%. ECB juga mengekalkan “interest rate” pada 0.05% dan laporan “retail sales” adalah seperti jangkaan pada 0.7%

Sebelum daripada itu, kadar tukaran EUR|USD memacu naik apabila inflasi Euro-Zone dilaporkan meningkat dengan tidak diduga, sekaligus menunjukkan program pembelian bon oleh ECB bagi meransang ekonomi Eropah, telah mula menunjukkan hasil.  Euro juga mendapat sokongan lain apabila ECB, Suruhanjaya Eropah dan Tabung Kewangan Antarabangsa bersetuju dengan syarat-syarat perjanjian dana untuk pembaharuan bagi Greece.

telegram-moshed

Pasaran telah mengambil ianya sebagai satu langkah yang memberansangkan, walaupun ia tidak jelas sama ada kerajaan Perdana Menteri Alexis Tsipras akan menerimanya. Jurucakap kerajaan Greece berkata, bahawa Greece tidak akan membuat pembayaran balik pinjaman IMF pada Jumaat esok, jika tidak ada kemungkinan untuk mencapai persetujuan bantuan-untuk-pembaharuan dengan pemiutang antarabangsa. Jika Greece terlambat membuat bayaran kepada IMF, ia masih mempunyai tempoh selama 30 hari atau lebih untuk menjelaskan hutangnya.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register