728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 4 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-003

Euro Dollar jatuh lagi Selasa semalam, lebih 90 pips ke paras terendah harian sekitar 1.0935 sebelum menutup sekitar paras 1.0965; setelah Dollar AS mendapat momentum.  Para pedagang menunggu ucapan dari Presiden ECB Mario Draghi di mana pasaran berharap beliau akan menjelaskan kedudukannya terhadap rangsangan pada bulan Disember.

Encik Draghi dalam ucapannya di majlis pembukaan Hari Kebudayaan Eropah di Frankfurt berkata, “pembelian aset sedang berjalan lancar dan terus mempunyai kesan yang baik ke atas kos dan menyediakan kemudahan kredit bagi firma-firma dan pengguna.” “Tetapi walaupun permintaan dalam negeri kekal berdaya tahan, kebimbangan terhadap prospek pertumbuhan dalam pasaran negara membangun dan faktor-faktor luaran yang lain, mewujudkan risiko kepada prospek pertumbuhan dan inflasi.” tambah beliau lagi.

telegram-moshed

telegram-moshed

Pelabur menunggu ucapan tersebut di Frankfurt, selepas beliau memberikan isyarat yang bercanggah mengenai pelonggaran kuantitatif pada kebelakangan ini. Selepas mesyuarat dasar ECB berakhir pada 22 Oktober lalu, beliau berkata pegawai akan mengkaji semula dasar-dasar rangsangan ECB apabila mereka bertemu pada bulan Disember. Tetapi beliau menarik kembali dari kedudukan itu pada hujung minggu, apabila memberitahu sebuah akhbar Itali bahawa prospek QE tambahan akan kekal sebagai “soalan terbuka.”

Namun, konsensus pasaran adalah pengembangan tambahan program pembelian bon ECB akan datang juga akhirnya. Pada masa yang sama, ahli ekonomi berpendapat bahawa laporan pekerjaan bulanan AS pada Jumaat ini akan menunjukkan peningkatan, sekaligus membantu meyakinkan Federal Reserve untuk menaikkan kadar.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register