Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 5 Aug 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-006

Euro Dollar jatuh lebih 100 pips Selasa semalam untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.0880 sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah Euro mengalami tekanan berikutan jualan besar-besaran di New York ekoran kejatuhan di pasaran saham Greece; sekaligus menghidupkan semula kebimbangan tentang masa depan Athens dalam Euro-Zone.

Sebelumnya, bursa saham Greece yang meneruskan perniagaan selepas penutupan lima minggu, menjunam 20% sebaik sahaja dibuka sebelum menamatkan hari dengan penurunan 16.23% yang merupakan kejatuhan terbesar dalam sehari.  Menambah kepada kebimbangan serantau yang lebih luas, inflasi dan kadar pengangguran di 19-negara anggota Euro-Zone dilaporkan tidak berubah pada bulan Julai, sekaligus menunjukkan pertumbuhan yang sederhana sahaja.

Di pasaran Amerika Syarikat, selepas data kos pekerjaan AS yang mengecewakan pada Jumaat lalu, menyebabkan keraguan pada kenaikan kadar pada September oleh Federal Reserve; pelabur berpegang kepada sikap tunggu dan lihat sehingga pengumuman data pekerjaan yang dinanti-nantikan untuk bulan Julai, Jumaat ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register