728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 5 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-001

 

Euro Dollar yang jatuh ke paras terendah tahun ini selepas ECB mengecewakan dengan pengumuman penambahan pakej ransangan ekonomi untuk tahun hadapan dalam mesyuaratnya pada Khamis, memacu semula dan stabil sekitar 1.2415 pada sesi penutupan London apabila data “Jobless Claims” dari Amerika Syarikat meningkat 297,000 meleset dari jangkaan 295,000.  Walaubagaimanapun pertambahan tuntutan mereka yang hilang pekerjaan buat kali pertama ini yang menyusut dari 314,000 pada bulan lepas adalah petanda ekonomi Amerika Syarikat yang bertambah baik.

Dengan laporan NFP yang akan dikeluarkan pada Jumaat dengan jangkaan 232,000 berbanding 214,000 bulan lepas, kenaikan nilai Euro ini dijangkakan hanyalah bersifat sementara.  Menurut Neil Jones, Ketua Hedge Fund FX Sales Mizuho Bank di London, para pelabur dijangkakan akan menambah pegangan dalam Dollar dan mengurangkan Euro serta menjangkakan kejatuhan terus nilai Euro akibat dari pakej ransangan ekonomi tambahan untuk tahun 2015.

 

Masih tercari-cari broker ? Buka akaun forex anda di sini – KLIK SINI

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register