banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 5 Mar 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-014

Euro Dollar menjunam lebih 115 pips dari paras tertinggi harian, sekitar 1.1185 Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah sekitar 1.1060; selepas kedua-dua data “services PMI” Sepanyol dan Itali dilaporkan meleset dari jangkaan.  Sepanyol dilaporkan pada 56.2 berbanding 56.9 jangkaan dan 56.7 pada sebelumnya.  Itali pula dilaporkan pada 50.0 berbanding 51.8 jangkaan dan 51.2 pada sebelumnya.  Walau bagaimanapun, “retail sales” Euro-Zone dilaporkan lebih baik dari jangkaan, 0.4% berbanding 0.2%

Mesyuarat ECB hari ini bakal mendapat tumpuan penuh, apabila para pelabur, pengurus dana dan pedagang, diberi maklumat lanjut tentang program QE Kesatuan Eropah yang dilancarkan December tahun lepas.  Ketika ini ECB dijangka melambakkan euro dalam pasaran bagi menjana ekonomi dan mengatasi masalah deflasi yang dilaporkan pada -0.3% Januari lepas.  Nilai tukaran EUR|USD telah jatuh hampir 8% sejak Januari lalu selepas pengumuman ECB itu.

Hari ini disamping mesyuarat ECB, “interest rate” Euro-Zone dijangka dikekalkan pada 0.05%  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “unemployment claims” yang dijangka bertambah dari 313 ribu kepada 319 ribu pemohon.  Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register