Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 5 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-007

Euro Dollar menyusut lebih 95 pips Isnin semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.1225 sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan, sekitar paras 1.1145; selepas para pedagang memberi tumpuan kepada keadaan krisis Grexit yang tidak dapat diselesaikan dan data PMI Jerman yang lebih baik daripada jangkaan.

Euro mula menyusut selepas ia mencatatkan kenaikan mingguan yang terbesar berbanding dolar dalam masa enam minggu, lantaran pelan rangsangan Bank Pusat Eropah menjadikan ekonomi di rantau itu bersedia untuk menjana pertumbuhan yang lebih kukuh dan inflasi yang lebih baik.  “Euro telah kelihatan oversold untuk sementara waktu,” menurut Shaun Osborne, ketua strategi pertukaran asing global di Toronto-Dominion Bank.

telegram-moshed

Di pasaran Amerika Syarikat, pertumbuhan ekonomi AS-suku pertama adalah lebih perlahan daripada ramalan, sekaligus menyemarakkan spekulasi Federal Reserve tidak akan tergesa-gesa untuk menaikkan “interest rate”.  Walau bagaimanapun Isnin semalam, Dollar AS mengukuh berbanding matawang utama di awal sesi dagangan Eropah, apabila para pedagang menanti data pekerjaan AS yang dijadualkan lewat minggu ini, bagi mengetahui kesihatan ekonomi terbesar dunia itu.

Ekonomi AS dijangka telah menambah 225 ribu pekerjaan pada bulan April, berikutan peningkatan sebanyak 126 ribu pekerjaan pada bulan lalu.  Kadar pengangguran AS dilihat jatuh kepada 5.4% daripada 5.5% pada bulan Mac. Data kukuh akan menghidupkan semula harapan untuk kenaikan “interest rate” pada mesyuarat FOMC pada Jun nanti, setelah Feds bertegas bahawa ia mahu lebih banyak tanda-tanda kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi, sebelum menaikkan “interest rate”.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register