728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 5 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-004

Euro Dollar terus merudum Rabu semalam, lebih 120 pips untuk ke paras terendah harian sekitar 1.0845 sebelum menutup sekitar paras 1.0865; setelah komen dari Presiden ECB Mario Draghi sekali lagi mengalihkan pasaran kembali kepada rangsangan tambahan pada Disember ini.  Pada masa yang sama, keterangan Pengerusi Feds Janet Yellen yang penuh aggresif kepada kongres Amerika semalam, menyebabkan Dollar terus mendapat permintaan.

Di pasaran Eropah, mata wang tunggal blok ekonomi Eropah itu lemah berbanding 14 daripada 16 matawang utama selepas Presiden Bank Pusat Eropah Mario Draghi menegaskan bahawa ECB akan mempertimbangkan untuk meningkatkan rangsangan pada mesyuarat Disember nanti. Beliau berkata ECB “bersedia dan mampu untuk bertindak dengan menggunakan semua instrumen yang boleh didapati dalam mandatnya jika perlu, demi untuk mengekalkan tahap dasar monetari akomodatif yang sesuai.”

Di pasaran AS pula, Pengerusi Feds Janet Yellen dalam keterangannya di hadapan Dewan Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan berkata ekonomi Amerika Syarikat berada pada “prestasi yang baik,” di tengah-tengah kenaikan kukuh dalam perbelanjaan domestik, apabila sebahagian daripada risiko yang berkaitan dengan kelembapan ekonomi global sepanjang musim panas telah pudar. Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) juga menjangka inflasi jangka panjang untuk bergerak ke arah matlamat yang disasarkan sebanyak 2%, sementara kesan daripada Dollar yang lebih kukuh dan harga tenaga yang lebih rendah mula surut.

Biro Statistik Buruh AS akan mengeluarkan dua laporan pekerjaan kebangsaan bulanan sebelum majlis FOMC bertemu pada bulan Disember, termasuk satu pada hari Jumaat ini. Biro Jabatan Perdagangan Analisis Ekonomi pula akan melaporkan anggaran kedua GDP AS suku ketiga dan laporan Pendapatan Peribadi dan Perbelanjaan pada akhir bulan ini.  Ketiga-tiga data utama ini bakal menentukan sama ada kenaikan kadar pada Disember nanti adalah wajar atau Feds mungkin terpaksa menangguhkan lagi sehingga suku pertama 2016.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register