Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 6 Aug 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-004

Euro Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 75 pips dari paras tertinggi harian 1.0930 ke serendah 1.0845; selepas PMI perkhidmatan Sepanyol yang dilaporkan lebih baik dari jangkaan, menghalang kejatuhan terus Euro selepas pengukuhan Dollar.

Di pasaran Eropah, jualan runcit di Euro-Zone jatuh lebih ketara daripada yang dijangkakan pada bulan Jun, satu tanda baru bahawa pemulihan ekonomi masih terlalu lemah untuk segera menurunkan kadar pengangguran yang sangat tinggi, atau meningkatkan inflasi sasaran Bank Pusat Eropah.

telegram-moshed

Statistik agensi Kesatuan Eropah berkata, jualan runcit di 19 negara yang menggunakan euro jatuh 0.6% pada bulan Jun berbanding Mei, tetapi meningkat 1.2% berbanding bulan yang sama tahun lepas. Ia adalah kejatuhan bulanan yang terbesar sejak September 2014. Pakar ekonomi yang dibanci oleh The Wall Street Journal menganggarkan jualan jatuh 0.2%, setelah melihat angka dari Jerman yang mencatatkan penurunan yang besar.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register