Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 6 Feb 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-010

EUR/USD naik sehingga 180 pip sejak awal pagi semalam berikutan sentimen positif terhadap Euro mula kembali. Suruhanjaya Eropah telah meningkatkan unjuran jangkaan rasmi terhadap matawang Euro, memetik dengan runtuhnya harga minyak, kelemahan Euro serta pakej rangsangan ekonomi yang sangat ‘murah hati’ oleh Bank Pusat Eropah.

Suruhanjaya Eropah melakukan ramalan musim sejuk yang zon Euro dijangka berkembang pada kadar 1.3% tahun ini dan 1.9% pada tahun 2016. Ini adalah lebih baik daripada ramalan suram sebanyak 1.1 peratus tahun ini dan 1.7 peratus tahun depan, yang pada mulanya ditetapkan pada bulan November.

Ini adalah kali pertama dalam tempoh lapan tahun bahawa ekonomi zon Euro dijangka berkembang. Gambaran yang lebih cerah setelah rantau ini berjuang menentang krisis ini. Jerman yang dilihat sebagai harapan Zon Euro, dijangka mencecah 1.5 peratus tahun ini berbanding 1.1 peratus pada jangkaan awal dalam perkembangan ekonominya. Oleh sebab ini, ekonomi utama zon Euro lain seperti Perancis dan Sepanyol juga bakal menerima kesan yang positif.

Data NFP yang bakal keluar 9.30pm hari ini bakal memberikan gambaran jelas tentang kekukuhan US Dollar dan kesannya terhadap ekonomi Euro, walaupun terdapat sentimen bahawa lebih ramai pedagang optimis tentang kekuatan US Dollar dan dilihat Fed seolah-olah ingin menaikkan Interest Rate pada tahun ini.

Berminat belajar forex, cara paling mudah ? Dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex yang dihasilkan oleh MoshedFX di sini – KLIK SINI

Share This Post

Beliau adalah Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung Moshed.com setiap bulan. Follow beliau di FB personal beliau - Klik Sini

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!