728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 6 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-009

Euro Dollar yang jatuh lebih 75 pips sepanjang sesi Asia Selasa semalam, kembali memacu naik untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.1220 pada lewat petang New York; setelah Euro mendapat tambahan permintaan, terkesan dari kemaskini jangkaan pertumbuhan Ekonomi oleh ECB yang lebih baik.  Walau bagaimanapun, komen IMF terhadap isu Greece masih membelenggu Euro.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyatakan kerisauan bahawa beban hutang Greece kini menjadi tidak mapan lagi, dan ia telah memberi amaran untuk menahan dana bantuan kecemasan kecuali Euro-Zone bersetuju untuk pelepasan hutang, Financial Times melaporkan lewat Isnin lalu.

telegram-moshed

Wakil-wakil kerajaan anti-penjimatan Greece terus berunding dengan menteri-menteri kewangan Eropah, dengan harapan dapat mencapai persetujuan selewat-lewatnya 11 Mei ini. Greece menghadapi pembayaran balik hutang  €750 juta ($832 juta) kepada IMF minggu depan, tetapi terdapat kebimbangan bahawa ia akan kehabisan dana kecuali ia mencapai perjanjian dengan ‘troika’ – ECB, EU, IMF – untuk dana seterusnya.  Pegawai Euro-Zone telah menolak kemungkinan untuk melupuskan hutang Greece.

Bacaan data yang bercampur-campur untuk aktiviti pembuatan Euro-Zone, membantu menaikkan Dollar berbanding matawang negara-negara maju dalam G-10, tetapi ia diniagakan lebih rendah berbanding matawang beberapa negara-negara membangun. Pembekal data Markit melaporkan bacaan akhir untuk aktiviti pembuatan Euro-Zone pada bulan April yang lebih baik daripada jangkaan pakar ekonomi yang ditinjau oleh The Wall Street Journal.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register