728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 7 April 2016

EURUSD Analisa Fundamental Harian 7 April 2016

Euro Dollar yang jatuh lebih 55 pips sepanjang sesi Asia dan Eropah Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.1325 kembali memacu naik lebih 100 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $1.1430, sebelum susut semula untuk menutup lebih rendah sekitar paras $1.1400; setelah minit mesyuarat FOMC Feds AS yang disiarkan awal pagi tadi gagal memberikan sokongan belian untuk Dollar.

Membantu menyokong Euro adalah laporan pengeluaran perindustrian Jerman yang lebih baik daripada jangkaan pada bulan Februari, sekaligus menandakan kekalutan ekonomi global memaksa pekilang dalam ekonomi terbesar di Eropah untuk membendung pengeluaran, walaupun terdapat permintaan domestik yang kukuh. Pengeluaran, diselaraskan untuk perubahan bermusim, jatuh hanya 0.5% daripada bulan sebelumnya, berbanding jangkaan pasaran untuk kejatuhan sebanyak 1.8%.

telegram-moshed

Laporan itu menekankan cabaran yang dihadapi oleh sektor perindustrian Jerman adalah tempahan pekilang yang tidak disangka-sangka menurun pada bulan Februari. Sebelum daripada itu, Bundesbank telah pun memberi amaran bahawa permintaan yang lemah dari China dan negara membangun lain boleh melembapkan pertumbuhan ekonomi pada suku kedua.

telegram-moshed

Hari ini ECB bakal menyiarkan laporan minit mesyuarat yang terbaru, disamping Presiden Mario Draghi yang bakal berucap kemudiannya.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka berkurang dari 276 ribu kepada 271 ribu permohonan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register