728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 7 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-006

Euro Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Jumaat lalu, dengan pergerakan sekitar 115 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.0955 ke serendah 1.0835, sebelum menutup sekitar paras 1.0875 lebih rendah dari pembukaan sekitar 1.0940; setelah testimoni Pengerusi Feds Janet Yellen kepada kongres AS dan laporan pekerjaan AS yang lebih baik daripada jangkaan seolah-olah hanya memberi kesan yang terhad kepada kadar tukaran EUR/USD.

Euro mencuri tumpuan dalam pasaran mata wang global, setelah pengumuman dasar Bank Pusat Eropah yang terkini, menyaksikan Presiden Mario Draghi mengumumkan perubahan dasar monetari yang mengejutkan pasaran.  Pemotongan kadar deposit, pemanjangan tempoh ransangan sememangnya telah dijangkakan.  Namun, ketiadaan sebarang dana ransangan tambahan mengejutkan pasaran, sekaligus menaikkan nilai Euro.  Euro yang tinggi sudah pastinya akan menjejaskan pemulihan ekonomi Euro-Zone yang mahu meningkatkan eksport.

telegram-moshed

telegram-moshed

Di pasaran Amerika Syarikat, Dollar kembali pulih dengan Indeks Dollar diniagakan sekitar 98.30 setelah menjunam jatuh sehari sebelumnya; terkesan dari kejutan dasar ECB.  Laporan pekerjaan yang menunjukkan bahawa 211 ribu pekerjaan telah ditambah, berbanding jangkaan 201 ribu; walaupun rendah dari bulan sebelumnya sebanyak 298 ribu, tidak banyak mempengaruhi permintaan untuk Dollar, tetapi dilihat menguatkan sentimen kenaikan kadar AS pada mesyuarat FOMC minggu depan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register