728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 7 Jan 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-005

Euro Dollar terus didagangkan dalam suasana “ranging” Selasa semalam, dengan paras tertinggi 1.1968 dan terendah 1.1884, apabila tiada sebarang data ekonomi dilaporkan dari Euro-Zone.  “Non-manufacturing PMI” Amerika Syarikat yang keluar jauh meleset dari jangkaan, 56.2 berbanding 58.2, mengekang pembelian terus Dollar.  Walau bagaimanapun, keadaan ekonomi di Itali dan Sepanyol yang mula merunsingkan, dan krisis politik di Greece yang semakin tegang, terus mendorong sentimen “bearish” untuk Euro.

Proses pemulihan ekonomi Euro-Zone menghadapi tekanan sepanjang tahun lepas, apabila ekonomi Perancis dan Itali mula goyah, disamping Jerman yang mula menunjukkan tanda-tanda penguncupan.  Janji Presiden ECB, Mario Draghi, pada July 2012 untuk melakukan apa sahaja untuk mempertahankan Euro; telah mengekang spekulator matawang selama lebih tiga tahun.  Pada masa yang sama, kejatuhan pulangan untuk bon-bon kerajaan, mendorong negara Kesatuan Eropah untuk memotong bajet dan membaik pulih ekonomi mereka.

telegram-moshed

Hari ini, EU bakal melaporkan kadar pengangguran mereka, serta Jerman dan Itali.  Secara keseluruhan, pengangguran di EU dan Jerman dijangka stabil; walaupun Itali dijangka mencatat peningkatan sebanyak 0.1%  Kesatuan Eropah juga dijangka jatuh kedalam deflasi apabila CPI tahunan jatuh ke 0.0% dari 0.3% sebelumnya.  Dengan Amerika Syarikat yang dijangka melaporkan pekerjaan yang semakin bertambah dan defisit belanjawan yang semakin mengurang; Dollar dilihat bakal terus menguasai pasaran.

Buka akaun forex anda di sini. Mudah deposit guna Debit Card Maybank, CIMB dan Bank Tempatan lain. Deposit tanpa cas. – KLIK SINI

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register