728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 7 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-020

Euro Dollar memacu naik lebih 120 pips Isnin semalam untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1095, sebelum menutup sekitar paras 1.1055; selepas┬áMenteri Kewangan Greece Yanis Varoufakis meletakkan jawatan, kurang daripada 24 jam selepas dia berjaya membantu Athens memenangi referendum pada Ahad. Katanya, beliau telah meletakkan jawatan kerana Perdana Menteri Alexis Tsipras percaya pemergiannya mungkin membantu Greece “mencapai perjanjian” dengan pemiutang.

Berita mengejutkan itu datang setelah undian “no” menguasai Greece – dengan 61.3% kepada 38.7% – daripada langkah-langkah penjimatan yang tegas oleh Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Pusat Eropah dan Suruhanjaya Eropah yang meletakkan Athens pada persimpangan dengan pemimpin-pemimpin politik di Eropah disamping bekerja keras mengelakkan keruntuhan ekonomi.

Selepas peletakan jawatannya, ECB mengumumkan bahawa mereka akan melanjutkan talian hayat mereka kepada bank-bank Greece. Walaupun Majlis Pentadbir berbelah bagi sama ada mahu mengekalkan sokongan pemberi pinjaman kepada negara itu, ia mungkin enggan merancang mesyuarat bersama semua pemimpin Euro-Zone. Canselor Jerman Angela Merkel dan Presiden Perancis Francois Hollande bertemu lewat semalam, dan Presiden Kesatuan Eropah Donald Tusk memanggil sidang Euro-Zone hari ini.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register