banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 7 Mei 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-010

Euro Dollar terus memacu naik lebih 190 pips Rabu semalam, dari paras terendah harian sekitar 1.1175, sebelum menutup sekitar paras 1.1345; apabila Dollar terus menerus lemah ekoran spekulasi kenaikan “interest rate” AS yang semakin pudar. Selasa lalu, data menunjukkan defisit perdagangan AS melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh enam tahun pada bulan Mac.

Penganalisis berkata jurang perdagangan tersebut menimbulkan persoalan mengenai prospek kenaikan “interest rate” AS, satu langkah yang akan menyokong mata wang Amerika itu. DBS Bank berkata dalam ulasan pasaran mereka, defisit perdagangan AS adalah “lebih teruk daripada jangkaan” dan boleh bermakna bahawa anggaran awal pertumbuhan 0.2% dalam GDP pada suku pertama sebenarnya adalah lebih lemah.

telegram-moshed

Penganalisis berkata pasaran sedang menunggu laporan NFP AS untuk April esok, bagi mencari tanda-tanda mengenai kesihatan ekonomi AS yang merupakan enjin utama dalam pertumbuhan ekonomi global.

Di pasaran Eropah, Greece diberitakan telah membuat pembayaran faedah €200 juta kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) semalam Rabu, menurut seorang pegawai kewangan Greece kepada Reuters. “Ia selesai, wang itu adalah dalam perjalanan,” kata pegawai itu, dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Euro melonjak selepas pengumuman tersebut. Athens yang bakal kehabisan dana ketika ini, cuba untuk memujuk negara Euro-Zone dan IMF untuk melanjutkan bantuan kecemasan. Pembayaran pada hari Rabu itu tidak dijangka akan menjadi masalah bagi Greece, tetapi bayaran €750 juta kepada IMF yang dijadualkan pada 12 Mei ini, dijangka menjadi cabaran yang lebih besar.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register