banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 7 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-001

Euro Dollar melonjak lebih 105 pips Selasa semalam untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.1280 sebelum menutup sekitar paras 1.1270; setelah mencapai paras lantai dan menjadi lebih stabil sejak beberapa bulan lalu, selepas mengalami kejatuhan besar pada separuh kedua 2014 dan awal 2015.

Euro telah mendapat manfaat daripada kelembapan ekonomi negara-negara membangun, di samping kelemahan harga komoditi dan peningkatan penghindaran risiko serta ketidaktentuan dalam pasaran kewangan.  Keadaan yang membawa tekanan ke atas inflasi dan perkembangan risiko pertumbuhan global ini; telah membuatkan ianya semakin sukar bagi bank-bank pusat seperti Federal Reserve AS dan Bank of England untuk mula mengetatkan dasar monetari, walaupun ekonomi mereka kukuh.

telegram-moshed

telegram-moshed

Pada awal tahun 2015, pasaran menjangka sehingga tiga kenaikan kadar 25 mata asas di Amerika Syarikat pada tahun ini.  Malah baru-baru ini, terdapat jangkaan bahawa Feds boleh menaikkan kadar dalam kedua-dua mesyuarat September dan Disember. Namun, sekarang pasaran berfikir bahawa kadar Feds mungkin tidak akan meningkat sebanyak 25 mata asas pun sehingga musim panas tahun depan.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register