728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 8 Dec 2014

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-002

Data NFP (Non Farm Payroll) yang keluar jauh lebih baik, 321K, berbanding jangkaan, 230K, malah lebih baik dari bulan lepas, 243K menjana lebih permintaan untuk US Dollar Jumaat lalu menyebabkan Euro jatuh pada paras terendah tahun ini sekitar 1.2270 sebelum menutup pada 1.2285.

Keputusan ECB untuk mengekalkan interest rate pada 0.05% dan penambahan pakej ransangan ekonomi untuk tahun 2015 menjadikan Euro terus melemah walaupun butiran lanjut tidak akan dikeluarkan hingga awal tahun depan selepas  kejatuhan harga minyak diambil kira.  Kejatuhan ini menurunkan harga barangan yang menyebabkan deflasi yang memeningkan ECB, walaupun pada masa yang sama menjana ekonomi kerana pengguna dan perniagaan boleh menggunakan lebihan tunai tersebut untuk perbelanjaan atau pelaburan.

telegram-moshed

US Dollar telah meningkat nilai sekurang-kurangnya 3.8% berbanding 16 matawang dalam tempoh 3 bulan lalu dengan spekulasi kenaikan interest rate seawal tahun hadapan.  Hari ini dengan ketiadaan data berimpak tinggi untuk kedua-dua kuasa ekonomi, pasaran dijangka didagangkan dalam suasana “ranging”.

[kml_flashembed publishmethod=”dynamic” fversion=”8.0.0″ movie=”https://moshed.com/wp-content/uploads/2014/12/Brand-June-2013-malaysia-468×60.swf” width=”468″ height=”60″ targetclass=”flashmovie” play=”true” loop=”true”]

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register