banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

EURUSD Analisa Fundamental Harian 8 Jul 2015

moshedfx-forex-malaysia-eurusd-013

Euro Dollar yang susut lebih 135 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Selasa semalam, kembali memacu naik pada sesi New York sebelum menutup sekitar paras 1.1010; selepas Jerman masih teragak-agak untuk menyertai rundingan dan IMF telah menahan dirinya daripada menghadiri perbincangan dengan Greece dan Eurogroup hari ini. ECB telah mula mengetatkan skru terhadap Greece dengan memaksa mereka sama ada menyerah atau menarik diri daripada Euro-Zone.

Dalam perkembangan terkini krisis, Perdana Menteri Yunani Alexis Tsipras akan bertemu Canselor Jerman Angela Merkel hari ini dengan harapan bahawa keputusan referendum akan membawa kepada tawaran yang lebih baik untuk diterima. Pemimpin Greece bakal mengemukakan cadangan baru berikutan undi kejutan Ahad lalu, di mana negara ini telah menolak terma dan syarat pemiutang mereka.

telegram-moshed

Walaupun ianya hasil referendum, pemimpin EU telah memberi isyarat bahawa mereka tidak akan melupuskan hutang Greece dan menyerahkan satu lagi cek kosong. Ramai penganalisis berkata, ini telah meningkatkan kemungkinan Greece keluar dari Euro-Zone.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register