EURUSD Analisa Fundamental Harian 8 Sep 2015

0 0

 moshedfx-forex-malaysia-eurusd-017.jpg

Euro Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Isnin semalam, dengan pergerakan sekitar 55 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.1175 ke serendah 1.1120; setelah pasaran Amerika Syarikat bercuti semalam sempena Hari Buruh.  Dolar AS berada di bawah tekanan pada Jumaat, selepas “Non Farm Payroll” meningkat 173 ribu bulan lalu berikutan kenaikan disemak kepada 245 ribu pada bulan Julai.  Kadar pengangguran jatuh kepada 5.1% pada bulan Ogos, terendah sejak April 2008.

Dalam pada itu, Presiden ECB Mario Draghi berkata di Frankfurt, bahawa Majlis Pimpinan kini telah menaikkan had pembelian mana-mana bon dari 25% kepada 33%. ECB juga menurunkan unjuran inflasi. Selain itu, kadar tidak berubah pada paras terendah.  Menurut Presiden ECB itu, pakej rangsangan dijangka berterusan “sehingga akhir bulan September 2016, atau lebih lama, jika perlu.”

“Maklumat yang ada menunjukkan pemulihan ekonomi yang berterusan, walaupun agak lemah, dan peningkatan yang lebih perlahan pada kadar inflasi berbanding jangkaan sebelum ini.  Dengan mengambil kira perkembangan terkini harga minyak dan kadar pertukaran terbaru, terdapat risiko terhadap unjuran inflasi ECB.” tambah beliau lagi.

 

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa